-->

chunky berry territory

Daisypath Friendship tickers

Monday, November 28, 2011

Diskusi

tadi ni ada diskusi
GEMPAK

hahaha
bengong

=D

pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Me_Myself, Unisel
Posted by Unknown at 11:26 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, November 27, 2011

Like!!!

sumber tidak diketahui... maaf


pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Acknowledge, Me_Myself
Posted by Unknown at 11:51 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Buat Harimau Malaya...

Walaupun Harimau Malay kalah dan tengah kecoh di FB mengenai kekalahan Malaysia...
Harimau Malaya tetap di hatiku...
menang atau kalah
sememangnya adat dalam permainan...
setiap yang berlaku ada hikmahnya...

Mungkin Olympic London 2012 bukan rezeki 
Team Harimau Malaya

InsyaALLAH next time ada lagi
Go Malaysia Go!



Thanks sebab buat jaringan pada minit ke-30
Nazmi Faiz Mansor_jersi 12



Membuat jaringan pada minit ke-68
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOo0XahXZGdj2v6MTVJ2UfrFkdiIaurFX07xlIT3jIcpfyaF01qTK7hsrx4Cx6mPprZNU-LS-yQV9q4qyO44IsW4Q9H92FeqqgmddVAcCjZywPsOncMDGPjIu7phLJiW3SyNYqzSdnDkM/s1600/Berdarah+Indonesia.jpg
Mahali Jasuli


Khairul Fahmi you make me down...
=C
Agak leka pabila Malaysia mendahulu game



pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Soccer_World
Posted by Unknown at 11:39 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Ong's words





kata-kata semangat Coach Ong Kim Swee bagi membangkitkan semangat 
Harimau Muda, Harimau Malaya

pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Soccer_World
Posted by Unknown at 11:31 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Big Applaud for Bahrain

Apa boleh buat...
 Bahrain dapat memintas Harimau Malaya 3-2 dalam tempoh 6 minit...

Terror gila...
yang aku suka bila Bahrain sujud syukur di tengah padang tadi...

Tahniah!!!

Buat Harimau Malaya.. 
perbaiki prestasi permainan...
jangan over-confident sangat...
jangan kerana Malaysia sudah mendahului 2-0 tidak bermakna kedudukan Malaysia sudah selesa...
ambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa hari ini...

setiap yang tersurat pasti ada yang tersirat...
setiap kepahitan pasti ada kemanisan...

mungkin kekalahan hari ini ada maksudnya...

apa-apa pun Harimau Malaya harus pandang ke hadapan dan percayalah...
InsyaALLAH...
kejayaan pasti milik kita...


Berani buat status di FB... kalau ada yang ban aku... habislah


pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Soccer_World
Posted by Unknown at 11:08 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Jenis-jenis Anak Syaitan

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.
Nuffnang Ads
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?

credit: hr2u

pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Acknowledge, Part of You
Posted by Unknown at 4:24 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

7 Janji dan sumpah Iblis kepada Wanita

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
“Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.”Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”

2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
“Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.”
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk “V”.

3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.”
Maka tergodalah si wanita. “Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin,” begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
“Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa.”
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
Nuffnang Ads
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih “power”. Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. “Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung.”

6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.
“Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan.”
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, “Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut”
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, “Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini.”
“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” hati si wanita curiga.
“Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?” syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah…


credit: hr2u

pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Acknowledge, Part of You
Posted by Unknown at 4:14 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Rahsiah Wanita dari Cara Jalan

Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

Jika berjalan suka menunduk
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Jika berjalan menatap lurus ke depan
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

Jika berjalan badan tampak tegak
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

Jika berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


credits: hotreloud2u

pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Acknowledge, Part of You
Posted by Unknown at 4:05 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

24 Pesanan untuk Wanita

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).


3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.


4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya
(Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.


9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.


10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.


12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.


13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.


15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
- Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
- Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
- Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
- Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
- Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”
- Orang yang gemuk tapi kurus
- Orang yang berpakaian tetapi telanjang
- Orang yang alim tapi jahil
Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung).
Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”
- Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
- Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
- Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
- Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
- Ingat kepada Allah SWT
- Lupakan budi baik mu pada orang lain.
- Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
- Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
- Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
- Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
- Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
- Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
- Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
- Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
- Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
- Minta talak.
- Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
- Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
- Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
- Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita:
- Mengekalkan malu pada suaminya.
- Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
- Mengikut kata-kata dan suruhannya.
- Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
- Berdiri menyambut kedatangannya.
- Berdiri menghantar pemergiannya.
- Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
- Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
- Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
- Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
- Tiada khianat ketika tiada suaminya.
- Memuliakan keluarga suaminya.
- Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
 
 
InsyaALLAH artikle yang panjang lebar ini akan memberi manfaat kepada seluruh umat...
terutamanya kaum WANITA

credit to hotreal2u

pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Acknowledge, Part of You
Posted by Unknown at 3:45 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sifat Wanita Melalui Bantal

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
seni & manja . Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan.
Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
Mereka jarang membuat keputusan sendiri,
sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan
boleh menerima keadaan seadanya.
Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan
bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik.
Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


credit to hotreload2u

pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Acknowledge
Posted by Unknown at 3:24 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Malaysia vs Bahrin

Cant wait...
malam ni... 
yeah!!



menang kalah adat permainan...
tapi...
kalau team malaysia menang lagi bagus.

=D

boleh tengok secara live di  TV1

go Harimau Malay go!!!


pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Soccer_World
Posted by Unknown at 2:48 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Salam Maal Hijrah - 1433 Hijrih






Salam Maal Hijrah..
semoga 1433 Hijrih akan menjadi tahun yang baik bagi diriku dan umat Islam seluruh dunia...

ingatlah pengorbanan Rasulullah S.A.W dan muslimin dan muslimat yang berhijrah dari kota Makkah untuk menyelamatkan aqidah umat Islam...
umat Islam ditindas...
mereka berhijrah meninggalkan keluarga, harta dan tanah air...
tanah tumpah mereka sendiri...

Hijrah bukanlah bermaksud kita perlu berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain...
Hijrah perlu di mulakan dari dalam diri kita terlebih dahulu...
ayuhlah kita berpindah ...
dari sifat buruk kepada yang baik, 
baik kepada lebih baik...
jahil kepada terang...
jalang songsang kepada jalan yang lurus...

bersama-samalah kita kembali ke pangkal jalan...

*mutiara kata...
"sebelum kita mahu mengubah dunia...
ubah negara kita terlebih dahulu...
sebelum kita mahu mengubah negara...
ubah masyarakat kita terlebih dahulu...
sebelum kita mahu mengubah masyarakat...
ubah keluarga terlebih dahulu...
sebelum kita mahun mengubah keluarga...
ubah diri kita terlebih dahulu"

segalanya datang dari dalam diri kita sendiri...

seketul daging yang perlu dijaga...
yakni hati yang senantiasa berbolak-balik...
berzikirlah!

penuhilah keperluan jiwa...
dengan zikir dan fikir...
berfikir akan kebesaran Illahi.

Mulakan tahun 1433 Hijirh dengan azam yang baru...
azam mahu menjadi lebih baik...
mahu mendekatkan diri kepada Allah SWT...
mahu menjadikan Baginda, Rasulullah SAW sebagai role model...
mahu mencontohi para Anbiya'... 
mahu menyusuli para Sahabat.

-walaahu'alam-
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"

pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Acknowledge, Interest, Me_Myself, Part of You
Posted by Unknown at 8:43 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, November 26, 2011

Khas untuk cat lover!!






bersama -sama lah kita memahami sifat-sifat kucing kita...


pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Acknowledge, Interest, Me_Myself
Posted by Unknown at 4:06 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tension!!!

cat exam, boy sedang exam, cat yang sedang tension, cat exam,  


tesion nau'zubillahminzalik...
semuanya pasal assignment yang datang bertubi-tubi n kena siapkan dalam 2 minggu...
minggu depan tarikh nak kena hantar semuanya...

pening kepala aku...
nak kata aku tangguhkan keje..
tak juga sebab cuma assignment pengajian Malaysia je kot yang diberitahu awal...

Assignment intro to comp lagi gempak...
dalam 2 minggu siapkan 10 lab tutorials...
then, buat survey, lepas itu buat 30sec-video yang ada moral of the story....

assignment pengajian Islam pula, 
sama juga diberitahu minggu yang sama dengan ict and kena hantar pada minggu yang sama...
aduss!!..
mana tak pening aku dibuatnya...
tapi nasib baik dah siap..
folio and presentation..

bukannya aku bermaksud tak nak siapkan awal assignmet pm..
tpi sebab .. sebab..
menyampah aku sebab nak kena keluar pergi kampung orang and baru boleh buat folio and siapkan everything...
nasib baik Anie bijak pilih kampung dia and balik kampung uruskan pasal survey dekat kampung dia...
lepas ni kena struggle nak siapkan mana2 assignment yang belum siap..

hari tu test physics..
payah kot.. yeke???
hah!! lantak la benda dah berlaku and aku dah tawwakal dengan result aku..
result aku okay je...
sebab tu tak sedih sangat...
huhuhu!!!! =I

pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Me_Myself
Posted by Unknown at 3:48 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kehidupan ku di Hostel Unisel...

nanya bun-bun aku kerjakan... haha




study giler gempak

langsir alaf ke-22

Comey bilik ku.. pink color gitu

Semak... cz aku tengag stress

banyak langsir alaf ke-22 dalam bilik aku

serious semak... memang giler stress ni..


fuhyoo!! pink gitu
baca buku time... hahaha






pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Interest, Me_Myself, Unisel
Posted by Unknown at 11:17 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Muslera Micol

Fernando Muslera Micol..
minat cara dia jaga gawang gol..
yeah!!

dulu Muslera dekat SS Lazio,
sekarang dia dah sign contract 5 tahun dengan Galatasary club dari Turkey..
hebat n cool yo!

link homepage Galatasary click


Name:  Galatasaray_logo.svg.png
Views: 337
Size:  21.0 KB 


handsome n cute.. hahaha


pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Acknowledge, Me_Myself, Soccer_World
Posted by Unknown at 10:58 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Daisypath Friendship tickers 
 
 
Wow!
siapa sangka dah setahun, sebulan dan sehari aku dalam dunia blog...
ramai yang buat blog ni tempat informasi..
macam diari.. sampai benda private pun dah havoc sekampung..

but for me..
blogging is only for fun..
spending my free time..
do something benefits for me and other
writing something bout me.. but no p&c

=D
keep ur sweet smile..
hehe!!!

pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Me_Myself
Posted by Unknown at 10:15 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Bosan sebelum pergi kuliah...










pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Me_Myself, Unisel
Posted by Unknown at 9:52 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Belaan ku di Unisel...

Banyak binatang dekat Unisel yang boleh di "bela"
hahaha!

Aku bela ke natang ni... ahahaha.. haram siot...


Ini sombong... ganas, banyak luka kat badan dia... makan kuih samprit gitu




Macam enggang.. entah la.. Import khas dari Sarwak kalau dia enggang la..



Add caption

Macam daun rupanya
Biawak... baik punyer.. haha





kelaparan anjing ni... kesian


pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Me_Myself, Unisel
Posted by Unknown at 9:46 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

Total Pageviews

Welcome New World


Make your own Countdown Clocks

This is Important!!!

All the pictures inside this blog searched via Google browser and maybe copied from other blogs.
Credits to all the blogger of the blog.
#SharingIsCaring
=)
Hope everyone will have a happy day

Ini aib kamu, tutupilah aib kamu itu!

bertudunglah walaupun dalam keadaan terpaksa, solatlah walaupun dalam keadaan terpaksa..puasalah walau dalam keadaan terpaksa kerana KEWAJIPAN itu memang kadangkala bersifat TERPAKSA, dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH dan akhirnya hatipun menjadi IKHLAS untuk beribadah kepadaNya..jika harus menunggu keikhlasan hati terlebih dahulu untuk beribadah, sampai bila hendak ditunggu? HIDAYAH bukan untuk ditunggu, IA MESTI DICARI..ia seperti makanan, jika tidak disuap..ia tidak akan masuk ke mulut..

Jangan Baca! Nanti Muntah Pelangi

  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Budak Tomato
    Which way is the heaven?
    5 years ago
  • Asiah Kuzaiman
    Keadaan di Padang Mahsyar dan Telaga al Kausar.
    10 years ago

Who's Stalking???

Recently Posted

get this widget here

Cheer Group...

my_Archivement

  • ►  2013 (113)
    • ►  April (3)
    • ►  March (64)
    • ►  February (19)
    • ►  January (27)
  • ►  2012 (240)
    • ►  December (45)
    • ►  November (2)
    • ►  October (45)
    • ►  September (44)
    • ►  August (25)
    • ►  July (33)
    • ►  June (13)
    • ►  May (32)
    • ►  April (1)
  • ▼  2011 (141)
    • ▼  November (22)
      • Diskusi
      • Like!!!
      • Buat Harimau Malaya...
      • Ong's words
      • Big Applaud for Bahrain
      • Jenis-jenis Anak Syaitan
      • 7 Janji dan sumpah Iblis kepada Wanita
      • Rahsiah Wanita dari Cara Jalan
      • 24 Pesanan untuk Wanita
      • Sifat Wanita Melalui Bantal
      • Malaysia vs Bahrin
      • Salam Maal Hijrah - 1433 Hijrih
      • Khas untuk cat lover!!
      • Tension!!!
      • Kehidupan ku di Hostel Unisel...
      • Muslera Micol
      •    Wow!siapa sangka dah setahun, sebulan dan seha...
      • Bosan sebelum pergi kuliah...
      • Belaan ku di Unisel...
      • I as Uniselian
      • Rinduuunyeee!!
      • Berzaman da kot!!!
    • ►  October (18)
    • ►  September (4)
    • ►  August (16)
    • ►  July (26)
    • ►  June (2)
    • ►  May (5)
    • ►  April (1)
    • ►  March (7)
    • ►  January (40)
  • ►  2010 (75)
    • ►  December (58)
    • ►  November (17)

Collections

Acknowledge (131) Books (2) Bruno_Mars (20) Familia (34) Inilah Manusia (19) Interest (30) K-Pop (31) Let the Pics Talk (116) Lyrics (40) Me_Myself (214) Operation Room (3) Part of You (123) Soccer_World (43) Unisel (18)

The Owner

Unknown
View my complete profile
Awesome Inc. theme. Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.