-->

chunky berry territory

Daisypath Friendship tickers

Friday, June 29, 2012

Hari Jumaat




1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.
4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”

Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)

Kredit - Link

pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Acknowledge, Part of You
Posted by Unknown at 6:02 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, June 27, 2012

Senyum... Senyum









pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Acknowledge, Let the Pics Talk
Posted by Unknown at 6:05 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, June 26, 2012

Makhluk aneh!

 Ini ialah binatang peliharaan Abang saya...
Mohd Shazni Abdullah
abang pada nama je, bukan darah
hahaha

binatang ini bernama

MOGARI..

mana asal-usulnya tidak dapat dikenal pasti

Berkepala ayam,
berleher zirafah,
badannya bulat,
berjanggut
dan berkaki empat.
paruhnya hilang.. adusss!!!

Makhluk apakah ini??

p/s terkenang sewaktu di Tanjung Karang sekitar Februari 2012 yang lalu..


pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Me_Myself, Unisel
Posted by Unknown at 5:31 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, June 21, 2012

Gerak Jari Singkap Rahsia Diri





Gerak jari seharian anda memberi sedikit gambaran tentang personaliti diri anda. Bagaimanakah untuk kenali personaliti dari gerak jari? Ikutilah tulisan berikut:

Memicit atau memegang hidung
- Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa juga tindakan yang dilakukan.
- Seorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar dengan orang lain kecuali orang yang benar-benar dipercayainya.




Meletak tangan pada bahu kawan
- Suka ikut kepala sendiri.
- Pentingkan diri sendiri.
- Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman-teman rapat.

Bermain dengan tangannya
- Mempunyai tahap humor yang tinggi.
- Pandai berjenaka.
- Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa ambil hati.
- Jenis 'open minded'.

Mematahkan jari jemarinya
- Seorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara dengan orang lain.
- Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.

Menggigit kuku
- Gugup dan gementar bila berbicara.
- Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati.
 


Memintal hujung rambut
- Suka berkhayal.
- Sukar diperdayakan.
- Keras kepala.

Menongkat dagu
- Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya.
- Suka mendengar masalah teman-teman.
- Setia dalam persahabatan.

Suka letakkan tangan atas meja
- 'Happy go lucky' dan pandai menyesuaikan diri.
- Peramah.
- Suka bergantung pada orang lain.

Menggosok 2 telapak tangan
- Ramah dan berfikiran matang.
- Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit-belit.
- Mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu.

Memutar cincin
- Sangat menepati janji.
- Berhati-hati dlm tutur kata.
- Gemar hidup yang teratur.


Kredit: Link

pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Acknowledge, Part of You
Posted by Unknown at 1:33 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, June 19, 2012

Siapa kIta dalam Solat?




Golongan Pertama
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan Kedua
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.
Golongan Ketiga

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta .a, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.
Golongan Keempat

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.
Golongan Kelima

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan Keenam
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada member kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.

Golongan Ketujuh
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.

Golongan Kelapan
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).

Golongan Kesembilan
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang.
Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya.
Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq. Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana.
Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.
Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
http://myibrah.com/di-manakah-solat-kita






pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Posted by Unknown at 5:39 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, June 18, 2012

1000 Dinar



Firman Allah
{2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.
Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :
* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan
* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Al-Quran itu adalah penawar. Kajilah Mukjizat Rasulullah S.A.W ini kerana banyak lagi kelebihan-kelebihan yang masih belum di terokai.
http://myibrah.com/ayat-seribu-dinar

pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Acknowledge, Part of You
Posted by Unknown at 5:37 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, June 15, 2012

Jom Pergi Berdoa!




Ada waktu-waktu tertentu yang mempunyai nilai mustajab doa. Maka jangan sia-siakan kesempatan untuk berdoa di waktu itu.
1. Waktu sepertiga malam yang akhir
Sesungguhnya Rasulullah bersabda:
“Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya”.(HR Bukhari dan Muslim)
2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”.(HR Ibnu Majah)
3. Doa selepas solat fardhu
“Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu” (HR Al-Tirmizi)
4. Doa di dalam sujud
“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan” (HR Muslim)
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa” ( HR Muslim )
5. Sesaat pada hari Jumaat
“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (HR Bukhari dan Muslim)
6. Ketika Lailatulqadar
Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
“Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )
7. Ketika Hari Arafah
Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)
8. Doa antara Azan dan Iqamah
“Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” (HR Al-Tirmizi)
9. Ketika Hujan
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340)

pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Acknowledge, Part of You
Posted by Unknown at 2:12 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, June 13, 2012

Fakta Solat Fardhu




Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.
Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu:
“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

http://myibrah.com

pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Acknowledge, Part of You
Posted by Unknown at 2:03 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, June 8, 2012

Amalan Murah Rezeki




1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar              
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”(Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”(Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .”(At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
http://myibrah.com/20-amalan-murah-rezeki

pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Acknowledge, Part of You
Posted by Unknown at 2:09 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, June 7, 2012

Kenapa Allah hilangkan lidah ikan?


Rasulullah SAW bersabda,''sejahat -jahat manusia pada hari akhirat Nanti ialah orang yang bermuka dua. Barang siapa bermuka dua di dunia ini. Maka di akhirat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.'' 

Sabda Rasulullah lagi,''Tidak akan masuk syurga bagi orang yang suka membesar-besarkan cerita.''Bila ditanya apakah hikmah,Baginda menjawab,''sesungguhnya Allah telah menciptakan semua makhluk itu
mempunyai lidah samada yang boleh berkata-kata dan yang tidak boleh berkata,''


Seorang sahabat pun bertanya,''Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?''
Sabda Rasulullah SAW, ''setelah Allah menciptakan Adam a.s,maka diperintahkan sekalian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat." 

Oleh Kerana iblis enggan sujud,maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar iblis ke bumi.Apabila di turunkan ke bumi iblis terus menuju ke laut. 



Pertama sekali yang di jumpai iblis ialah ikan. Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan,'' 
Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga daratan,'' 

Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu,ia pun segera menghebahkan nya kepada binatang laut yang lain mengenai berita tentang Adam a.s. 

Oleh kerna Allah tidak menyenagi perbuatan ikan itu lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi menyampaikan berita yang tidak sebenarnya. 

Kredit: KJ


pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Acknowledge, Part of You
Posted by Unknown at 1:46 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, June 5, 2012

Alamat Pergerakan Tubuh



  • ·         Kelopak mata kanan bergerak - beroleh keamanan.
  • ·         Kelopak mata kiri bergerak - melihat perempuan
  • ·         Kelopak mata kiri bergerak dari atas - ada orang akan berjalan jauh.
  • ·         Kelopak mata kiri dibawah bergerak - hendak menangis.
  • ·         Biji mata kanan bergerak-gerak - akan menangis dalam bercinta.
  • ·         Biji mata kiri bergerak-gerak - gembira di hati.
  • ·         Ekor mata kanan bergerak - menerima kedatangan orang jauh.
  • ·         Ekor mata kiri bergerak-gerak - mendapat sedikit kepayahan.
  • ·         Umbun bergerak - berbahagia pada hari tersebut.
  • ·         Kening kiri bergerak-gerak - beroleh kelapangan.
  • ·         Bibir bawah bergerak - akan menangis.
  • ·         Waktu subuh kepala kita bergerak - beroleh kerja yang baik.
  • ·         Siku kanan bergerak-gerak - beroleh kebahagiaan.
  • ·         Siku kiri bergerak-gerak - orang yang mengasihi kita akan datang.
  • ·         Kepala bergerak - ada orang menyakiti hati kita.
  • ·         Kepala bergerak ke kiri - beroleh kebesaran.
  • ·         Pelipis telinga bergerak - alami kebahagiaan.
  • ·         Telinga bergerak - akan berkelahi.
  • ·         Pipi kanan bergerak-gerak - alamat sakit mata.
  • ·         Pipi kiri bergerak-gerak - sentiasa bahagia.
  • ·         Bahu kanan bergerak-gerak - harta hendak datang.
  • ·         Bahu kiri bergerah-gerak - bakal berjumpa pembesar/ketua.
  • ·         Lengan kanan bergerak-gerak - akan sakit kepala.
  • ·         Lengan kiri bergerak-gerak - beroleh harta.


Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai dengan bulat-bulat. :)

Kredit: Link


pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Acknowledge, Me_Myself, Part of You
Posted by Unknown at 1:50 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, June 2, 2012

With Allah, in Islam









You’re pushing your way through the crowd,
shining like a rough diamond,
chasing changes, gurus, clover, sound…
that thing to quiet the hidden doubt…
but you won’t find it in the avenues of man.
It’s with Allah. It’s in Islam.
You’ve got African earth in your eyes,
saffron under your nails, star fruit, indigo,
snow in your midnight hair,
American dust on your boots.
It’s not there, in the places of man.
It’s with Allah. It’s in Islam.
You’re seeking lightning, heat, serenade,
and quiet whisper, truth or lie… a sliver of jade,
a sighting of something real, some grain
that doesn’t turn, doesn’t die, doesn’t fade.
It’s not there, in the breast of man.
It’s with Allah. It’s in Islam.
Wael Abdelgawad, 2009
 credit: islamicsunrays

pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Acknowledge, Part of You
Posted by Unknown at 1:29 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, June 1, 2012

23rd Anniversary to My Parents








Happy Anniversary
and 
May your marriage be Blessed with love,
joy And companionship
For all the years of your lives!

Hoping that the love u shared years ago
Is still as strong today as it was
then Bringing u much joy , love
and happiness To celebrate again.
Happy Anniversary

Love to Mama & PapaFrom your daughter
=P


pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Familia, Me_Myself
Posted by Unknown at 12:30 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

Total Pageviews

Welcome New World


Make your own Countdown Clocks

This is Important!!!

All the pictures inside this blog searched via Google browser and maybe copied from other blogs.
Credits to all the blogger of the blog.
#SharingIsCaring
=)
Hope everyone will have a happy day

Ini aib kamu, tutupilah aib kamu itu!

bertudunglah walaupun dalam keadaan terpaksa, solatlah walaupun dalam keadaan terpaksa..puasalah walau dalam keadaan terpaksa kerana KEWAJIPAN itu memang kadangkala bersifat TERPAKSA, dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH dan akhirnya hatipun menjadi IKHLAS untuk beribadah kepadaNya..jika harus menunggu keikhlasan hati terlebih dahulu untuk beribadah, sampai bila hendak ditunggu? HIDAYAH bukan untuk ditunggu, IA MESTI DICARI..ia seperti makanan, jika tidak disuap..ia tidak akan masuk ke mulut..

Jangan Baca! Nanti Muntah Pelangi

  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Budak Tomato
    Which way is the heaven?
    5 years ago
  • Asiah Kuzaiman
    Keadaan di Padang Mahsyar dan Telaga al Kausar.
    10 years ago

Who's Stalking???

Recently Posted

get this widget here

Cheer Group...

my_Archivement

  • ►  2013 (113)
    • ►  April (3)
    • ►  March (64)
    • ►  February (19)
    • ►  January (27)
  • ▼  2012 (240)
    • ►  December (45)
    • ►  November (2)
    • ►  October (45)
    • ►  September (44)
    • ►  August (25)
    • ►  July (33)
    • ▼  June (13)
      • Hari Jumaat
      • Senyum... Senyum
      • Makhluk aneh!
      • Gerak Jari Singkap Rahsia Diri
      • Siapa kIta dalam Solat?
      • 1000 Dinar
      • Jom Pergi Berdoa!
      • Fakta Solat Fardhu
      • Amalan Murah Rezeki
      • Kenapa Allah hilangkan lidah ikan?
      • Alamat Pergerakan Tubuh
      • With Allah, in Islam
      • 23rd Anniversary to My Parents
    • ►  May (32)
    • ►  April (1)
  • ►  2011 (141)
    • ►  November (22)
    • ►  October (18)
    • ►  September (4)
    • ►  August (16)
    • ►  July (26)
    • ►  June (2)
    • ►  May (5)
    • ►  April (1)
    • ►  March (7)
    • ►  January (40)
  • ►  2010 (75)
    • ►  December (58)
    • ►  November (17)

Collections

Acknowledge (131) Books (2) Bruno_Mars (20) Familia (34) Inilah Manusia (19) Interest (30) K-Pop (31) Let the Pics Talk (116) Lyrics (40) Me_Myself (214) Operation Room (3) Part of You (123) Soccer_World (43) Unisel (18)

The Owner

Unknown
View my complete profile
Awesome Inc. theme. Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.