Hah!!! Mak kata macam tu?!!
kenapa pula?
Pergi masjid kan dapat banyak pahala
Pahal 2 darjat solat jemaah pun apa
kurangnya
Mak aku ini dah kenapa?
Tiba-tiba halang aku pergi masjid
Dia tak bagi aku dapat pahala lebih
ke?
Dia tak suka ke?
Cerita yang sebenarnya
Makcik-makcik dekat masjid itu
Excited bila tengok aku
Macam ada sparkling dalam mata mereka
Mungkin sejuk mata tengok anak dara
rajin mengimarahkan majlis dekat masjid
Atau?
Sejuk mata tengok, solehah. Bagus
kalau dibuat menantu.
Dusshhh!!! “Tepuk dahi”
That’s my reaction..
Makcik-makcik itu sebuk tanya
Aku anak siapa
Aku duduk mana
And etc…
Memang Nampak gaya macam nak buat
MENANTU
Then I told my mo bout this
Then mak kata JANGAN PERGI MASJID lagi
Bukannya Mak tak suka aku pergi masjid
Cuma takut kalau-kalau tiba-tiba ada
orang datang meminang
Siapa yang susah?
AKUlah yang susah nanti
Dengan aku yang belum habis belajar
lagi
Dah nak kahwin dengan anak siapa
entah
I always understand my Mom
I love you so much Mak
=)
Lagipun aku pernah terbaca
Sujud yang lebih baik untuk wanita ialah sujud di rumahnya
Lebih kuranglah bunyinya
Dalil
“Janganlah kamu
melarang kaum wanita keluar menuju ke masjid (untuk solat berjamaah), dan
rumah-rumah mereka itu adalah lebih baik baginya.”
[Riwayat Ahmad No. 5448, Abu Dawud
No. 567, dan asal hadith ini terdapat dalam dua kitab Shahih (Shahihain) dengan
adanya perbezaan lafaz.]
Menurut Imam Abu
Hanifah, Abu Yusuf dan Muhammad Bin al Hasan, perempuan yang muda atau gadis
ditegah untuk hadir berjemaah di masjid atau surau secara mutlak kerana
dibimbangi berlakunya fitnah yang membawa kepada pelbagai kesan negatif.
See!!! Mak aku bukan nak mengarut dengan aku
Tapi dia jaga aku agar aku jauh dari fitnah
Macam itu juga agama Islam
Islam bukan meLARANG tapi meNEGAH agar kita dijauhi dari
FITNAH
Nampak tak di situ?
Betapa Allah SWT menjaga hamba-hambaNya
SUBHANALLAH
=’)
Terdapat sebahagian
ulama-ulama mazhab Hanafi Mutaakhirin berfatwa bahawa, dilarang sama sekali
bagi perempuan untuk hadir berjemaah sekalipun solat Jumaat atau hari raya sama ada mereka muda
atau tua kerana zaman pada hari ini memperlihatkan banyak keburukan dan
kerosakan akhlak manusia.
Aku baru tahu
pasal perkara ini
=..=”
Ummu Salamah r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah SAW
bersabda :
“Sebaik-baik masjid bagi
perempuan adalah di dalam rumah-rumah mereka.”
HR
Ahmad.