-->

chunky berry territory

Daisypath Friendship tickers

Friday, September 14, 2012

Ya Allah, mana mungkin aku sanggup sekiranya ayahku terpaksa undurkan kaki bila dirinya layak ke JannahMu


“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan JANGANLAH MENAMPAKKAN PERHIASANNYA (AURATNYA), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KERUDUNG KE DADANYA..” - (Surah An Nur, 24: 31)
“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, HENDAKLAH MEREKA MENUTUPKAN JILBABNYA KE SELURUH TUBUH MEREKA”. Yang demikian itu agar mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang”. - (Surah Al Ahzab, 33: 59)

Adakah aku seorang anak yang derhaka?
Adakah aku sanggup?

Aku terkenang zaman kejahilanku
zaman aku asyik dengan dunia,
Tuhanku, Allah bagaikanku buang jauh-jauh dari hidupku
Aku hanya Islam pada nama dan kad pengenalan
Islam dalam diriku tiada.
Aku hanyut dan lupa.

Walaupun aku buang Allah dari hidupku,
Walauun aku sisihkan Allah dari kamus hidupku,
Tapi, baru aku sedar Allah tidak pernah meninggalkan aku.

Mungkin aku lupa,
aku tidak sedar bahawa Allah Maha Melihat
Melihat setiap tingkah lakuku,
Allah Maha Mendengar
Mendengar setiap isi hatiku
Allah Maha Mengetahui
Tahu setiap perkara sama ada yang jelas, kabur atau tidak diketahui selain Dia.

Aku tahu Rukun Islam
Aku tahu Rukun Iman
Aku tidak jahil sebenarnya,
cuma, aku hendak kadi jahil kerana aku tahu,
bila aku tahu akan sesuatu yang benar
aku mesti laksanakan.

Pernah terlintas dahulu,
"Malaslah nak solat, kalau sudah buat kali ini, selepas ini mesti kena teruskan"

Ini saat aku jahil yang buat-buat

Tiba suatu saat
Allah tegur aku
Aku terasa
Seperti Allah memegang tanganku
lalu
memimpin aku kembali ke jalan-Nya

Aku bersyukur
Allah tidak meninggalkan aku walau aku meninggalkan Dia

Seseorang berkata pada aku
"Bila kita tinggalkan Allah, Allah tidak rugi apa-apa, sebaliknya kita yang rugi sebab kita lupa Allah Penguasa langit dan bumi dan milik-Nya segala isi langit dan bumi. Bila kita lupa Dia, ada lagi orang lain yang ingatkan Dia."

Aku terkedu apabila mengetahui bapaku yang menanggung setiap dosa-dosaku walau sekecil zarah.
Selepas aku nikah, sang suami pula yang menanggung dosaku.
Dosa apa yang aku tanggung?
Waulahualam…

Aku terfikir,
jika bapaku seorang yang alim, 
cukp amal ibadahnya,
adakah dia akan ditolak ke neraka jahanam gara-gara dosaku?
tidak dapatkah dia mencium bau jannatul firdaus?

Alangkah kejamnya aku jika aku pelakukan bapaku sebegitu.
Aku ditantang di dunia,
Aku menyatakan sayangku pada orang tuaku,
Tapi urusan akhirat, aku lupakan orang tuaku.

Aku bersyukur , aku diciptakan sebagai Hawa,
Aku tidak mahu kembali seperti dahulu,
Cukuplah aku jatuh ke dalam kegelapan sekali
Aku tidak mahu yang kedua kalinya.

Ampunilah aku hamba-Mu yang hina,
Jangan pernah tinggalkan hamba Ya Allah,
Peliharalah kami dari azab-Mu
Hidayah milik-Mu, berilah kepada kami,
Amin, ya rabbal alamin.



pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Me_Myself
Posted by Unknown at 5:07 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Total Pageviews

Welcome New World


Make your own Countdown Clocks

This is Important!!!

All the pictures inside this blog searched via Google browser and maybe copied from other blogs.
Credits to all the blogger of the blog.
#SharingIsCaring
=)
Hope everyone will have a happy day

Ini aib kamu, tutupilah aib kamu itu!

bertudunglah walaupun dalam keadaan terpaksa, solatlah walaupun dalam keadaan terpaksa..puasalah walau dalam keadaan terpaksa kerana KEWAJIPAN itu memang kadangkala bersifat TERPAKSA, dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH dan akhirnya hatipun menjadi IKHLAS untuk beribadah kepadaNya..jika harus menunggu keikhlasan hati terlebih dahulu untuk beribadah, sampai bila hendak ditunggu? HIDAYAH bukan untuk ditunggu, IA MESTI DICARI..ia seperti makanan, jika tidak disuap..ia tidak akan masuk ke mulut..

Jangan Baca! Nanti Muntah Pelangi

  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Budak Tomato
    Which way is the heaven?
    5 years ago
  • Asiah Kuzaiman
    Keadaan di Padang Mahsyar dan Telaga al Kausar.
    10 years ago

Who's Stalking???

Recently Posted

get this widget here

Cheer Group...

my_Archivement

  • ►  2013 (113)
    • ►  April (3)
    • ►  March (64)
    • ►  February (19)
    • ►  January (27)
  • ▼  2012 (240)
    • ►  December (45)
    • ►  November (2)
    • ►  October (45)
    • ▼  September (44)
      • Antara garisan
      • Tembok
      • Sudah setahun
      • Wudhu kau macam mana?
      • Manusia @ kucing?
      • Siapa diriku?
      • Untunglah orang itu ada bibik!
      • Aku cakap, cuba dengar walau seketika.
      • Ku Pohon Ya Allah
      • Big Bang
      • Ini kuasa yang sebenar!
      • Salam buat di Cocos Island
      • Aku sayang ibu bapa aku!!!
      • Rahsia cepat Kaya terbongkar!
      • Apa cerita ini?
      • Oppa Gangnam style - Instrument
      • Aku Mahu begini
      • Kelate! Takpe
      • Kesian semua bakal suami.
      • Judgemental?
      • Jagalah hati, Jangan kau kotori!
      • Ya Allah, hamba-Mu ini memohon Kau jauhkan ...
      • Masjid Selat Melaka
      • Cakap memang senang
      • Ini Soal Hati
      • Ini baru Aku!
      • Credit
      • 8-sifat-pakaian-wanita-islam
      • Citizenship for Rohingya
      • Meowww!!!
      • 10 Alasan Tidak Mahu Menutup Aurat
      • Citezenship for Rohingya
      • SOLAT SUNAT TAUBAT
      • Ya Allah, mana mungkin aku sanggup sekiranya ayahk...
      • Credit
    • ►  August (25)
    • ►  July (33)
    • ►  June (13)
    • ►  May (32)
    • ►  April (1)
  • ►  2011 (141)
    • ►  November (22)
    • ►  October (18)
    • ►  September (4)
    • ►  August (16)
    • ►  July (26)
    • ►  June (2)
    • ►  May (5)
    • ►  April (1)
    • ►  March (7)
    • ►  January (40)
  • ►  2010 (75)
    • ►  December (58)
    • ►  November (17)

Collections

Acknowledge (131) Books (2) Bruno_Mars (20) Familia (34) Inilah Manusia (19) Interest (30) K-Pop (31) Let the Pics Talk (116) Lyrics (40) Me_Myself (214) Operation Room (3) Part of You (123) Soccer_World (43) Unisel (18)

The Owner

Unknown
View my complete profile
Awesome Inc. theme. Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.