-->

chunky berry territory

Daisypath Friendship tickers

Thursday, July 5, 2012

Irshad Manji Allah: Liberty and Love (Allah: Kebebasan dan Cinta)



Menjadi sebuah isu yang hangat apabila buku karya Irshad Manji “Allah: Liberty and Love” telah diharamkan penjualannya di beberapa buah negara beragama Islam antaranya ialah Malaysia. ”Allah: Liberty and Love” merupakan buku keduanya selepas “The Trouble with Islam Today” yang telah diterbitkan sekitar tahun 2009, buku ini turut diharamkan penjualannya di Malaysia. Buku ini merupakan kesinambungan daripada buku “The Trouble with Islam Today”. Hal ini demikian, Manji menyusun surat-surat dan emel respon daripada para pembaca yang telah membaca buku pertamanya menjadi sebuah buku yakni “Allah: Liberty and Love”.
Tidak dapat dinafikan sesungguhnya Manji sudah jauh terpesong dari landasan yang benar. Manji seorang yang bijaksana. Namun, berikutan beliau terlalu mempersoalkan perihal perintah dalam agama, Manji telah hanyut. Antara persoalan yang dilontarkan ialah ‘kenapa tidak bleh berkawan dengan Nasrani dan Yahudi?’, ‘kenapa tidak boleh menikah jika berlainan agama?’ kenapa perlu bertudung?’, ‘kenapa itu’ dan ‘kenapa ini?’ Pada pendapat saya, Manji tidak mahu dikongkong oleh peraturan-peraturan di dalam agama. Manji mahukan kebebasan. Bebas dari apa jua kongkongan.  Bagi Manji, apabia Muslimah mengikut syariat Islam, wanita bagaikan robot agama, yang terpaksa bertudung litup dan harus memelihara batasan

Buku ini mampu memesongkan akidah umat Islam. Ketika membaca buku ini, pembaca disarankan membaca bersama rakan. Apabia berseorangan, ada yang menemani kita, ‘dia’ akan membisikkan teinga kita hingga kita ikut terpesong dan hanyut bersama-sama Manji. Ada segelintir umat Islam yang sependapat dengan Manji hanya kerana cinta. Kebanyakan yang menyokong idelogi Manji ialah mereka yang merasakan diri mereka terkongkong dengan peratura agama. Antaranya ialah pasanga kekasih yang berlainan agama. Manji ialah seorang yang beridelogi liberal, di mana perkahwinan berlainan agama boleh dilakukan tanpa perlu menukar agama mengikut agama pasangan. Ideologi ini banyak disokong oleh pmbaca Manji. “Cinta lebih penting daripada agama”. Itulah kata-kata keramat Mama Manji dalam membesarkan Manji.

Antara topik yang dibahaskan oleh Manji ialah “Identiti boleh memerangkap anda, tetapi integriti akan membebaskan anda”. Identiti di sini bermaksud agama yang dianuti. Sebagai contoh, sebagai seorang  Muslim apabila mahu melakukan sesuatu yang dimurkai oleh Allah, kita akan membatalkan niat tersebut. Namun, jika berlandaskan integriti yang bermaksud amanah, jujur dan sikap keterbukaan, mungkin niat tersebut akan diteruskan. Dalam bab ini Manji mempersoalkan mengapa tidak boleh bercinta? Mengapa tidak boleh berzina? Muslim tidak berani melakukan maksiat kerana takut Allah murka. Maka kerana itu, Manji mengeluarkan ideology sebegini.
Satu persoalan Manji yang menarik minat saya. “Siapa musuh sebenar Islam? ” Jawabnya, “Muslim”. Pada awalnya saya berasa hairan dengan jawapan yang diberikan. Mungkin pada pandangan Manji, Muslim ialah musuh terbesar Islam. Ini kerana, bamyak respon yang Manji peroleh dari para responded ialah beliau dicaci dan dihina. Pada pandangan saya, walaupun Manji sudah mencemarkan agama Islam, mengapa kita perlu mencemarkan lidah kita dengan menghina dan menberi gelaran yang bukan-bukan kepada Manji. Siapa kita hendak menghukum Manji? Sesungguhnya Allah Maha Adil. Biarlah Allah yang menghukum Manji. Kita sebagai manusia, kita tidak adil. Adakala menghukum  tanpa usul periksa. Manusia tidak diciptakan dengan sia-sia. Manusia ditugaskan sebagai hamba Allah, khalifah dan da’ie Allah atas muka bumi ini bagi mengembangkan syiar Islam. Andai Manji tersesat jalan, gunakanlah lidahmu dengan berpesan dan bimbing Manji kembali ke pangkal jalan. Sesungguhnya hidayah milik Allah. Bersama-samalah kita panjatkan doa kehadrat Allah SWT bagi melindungi agama Islam dari fitnah dunia.


pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Books, Operation Room
Posted by Unknown at 12:27 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Total Pageviews

Welcome New World


Make your own Countdown Clocks

This is Important!!!

All the pictures inside this blog searched via Google browser and maybe copied from other blogs.
Credits to all the blogger of the blog.
#SharingIsCaring
=)
Hope everyone will have a happy day

Ini aib kamu, tutupilah aib kamu itu!

bertudunglah walaupun dalam keadaan terpaksa, solatlah walaupun dalam keadaan terpaksa..puasalah walau dalam keadaan terpaksa kerana KEWAJIPAN itu memang kadangkala bersifat TERPAKSA, dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH dan akhirnya hatipun menjadi IKHLAS untuk beribadah kepadaNya..jika harus menunggu keikhlasan hati terlebih dahulu untuk beribadah, sampai bila hendak ditunggu? HIDAYAH bukan untuk ditunggu, IA MESTI DICARI..ia seperti makanan, jika tidak disuap..ia tidak akan masuk ke mulut..

Jangan Baca! Nanti Muntah Pelangi

  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Budak Tomato
    Which way is the heaven?
    5 years ago
  • Asiah Kuzaiman
    Keadaan di Padang Mahsyar dan Telaga al Kausar.
    10 years ago

Who's Stalking???

Recently Posted

get this widget here

Cheer Group...

my_Archivement

  • ►  2013 (113)
    • ►  April (3)
    • ►  March (64)
    • ►  February (19)
    • ►  January (27)
  • ▼  2012 (240)
    • ►  December (45)
    • ►  November (2)
    • ►  October (45)
    • ►  September (44)
    • ►  August (25)
    • ▼  July (33)
      • Why hijabi?
      • 13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.
      • 8 Pahala diterima walau sudah Meninggal
      • ◕ 10 Sickness of the Heart ◕
      • credits:IsLamicQuotesAndSayings
      • “ Tidak beriman kepadaku siapa yang tidur ken...
      • credits: IsLamicQuotesAndSayings
      • Jadilah yang Solehah
      • Khutbah Terakhir
      • " Rahsia Surah Al-Kautsar "
      • He is the One
      • Hijab...
      • Rapat-rapatlah! Jarak-jarak jangan!
      • Aya Sofia
      • Lets Be Good Till the End
      • Sahur la!!!
      • Istimewanya Ramadhan
      • Rebut!
      • Solat Tarawih tau Ramadhan nanti...
      • Ahlan Ya Ramadhan
      • Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu
      • Yuk... Amalkan
      • Travelog MPAT PKPIM 2012
      • MPAT PKPIM 2012
      • 12 Barisan
      • AMALAN MALAM NISFU SYAABAN A.   Setelah ...
      • Peristiwa2 dalam bulan Sya'ban
      • Bulan Sya'ban
      • Irshad Manji Allah: Liberty and Love (Allah: Kebeb...
      • Kursus Kepimpinan Pelajar Isalm (KKPI) Pepias 2012
      • Doa Nisfu Syaaban
    • ►  June (13)
    • ►  May (32)
    • ►  April (1)
  • ►  2011 (141)
    • ►  November (22)
    • ►  October (18)
    • ►  September (4)
    • ►  August (16)
    • ►  July (26)
    • ►  June (2)
    • ►  May (5)
    • ►  April (1)
    • ►  March (7)
    • ►  January (40)
  • ►  2010 (75)
    • ►  December (58)
    • ►  November (17)

Collections

Acknowledge (131) Books (2) Bruno_Mars (20) Familia (34) Inilah Manusia (19) Interest (30) K-Pop (31) Let the Pics Talk (116) Lyrics (40) Me_Myself (214) Operation Room (3) Part of You (123) Soccer_World (43) Unisel (18)

The Owner

Unknown
View my complete profile
Awesome Inc. theme. Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.