-->

chunky berry territory

Daisypath Friendship tickers

Thursday, July 19, 2012

Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu

Karya Syed Muhammad Naguib Al-Attas (1972)
Dipersembahkan sebagai syarahan Pengukuhan pelantikan jawatan Professor Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur, yang diucapkan pada 24 Januari 1972 di Auditorium  UKM, Kuala Lumpur.



Bab 1
Syed Naguib memulakan syarahan dengan menyebut, Voltaire menyatakan bahwa fakta Sejarah yang bersifat runchitan; yang bermaksud fakta Sejarah yang bersifat mikro tidak perlu dititik beratkan. Hal ini demikian, Syed Naguib menyatakan apabila fakta yang bersifat runchitan diberati, mungkin tiada insan yang mahu mentafsir Sejarah. 

Bab 2
Syed Naguib membuka Sejarah Peradaban Eropah oleh Henri Pirenne.
prosese Sejarah yang memulakan penjelmaan semangat Adab Pertenghan di Eropah bukanlah sebab kedatangan Kaum Biadap, sukubangsa Jerman yang menceroboh dan menakluk Imperaturia Roma. Setalah menakluk Roma, mereka membahagikan Roma kepada beberapa bahagian.Dalam pada itu, Kaum Biadap terpaksa mengakui keindahan dan keistimewaan budaya Romawi sehingga mereka mengamalkan budaya Romawi dan meninggalkan budaya asal mereka, budaya Jerman.
Walaupun Kaum Biadap berjaya menumbangkan pemerintahan Imperaturia Roma dan membahagikan Roma kepada beberapa bahagian, namun mereka gagal memutuskan perpaduan yang terjalin antara Dunia Barat dan Dunia Timur. Walaupun berlaku pelbagai pergolakan apabila negara meraka ditakluk, namun rakyat masih bersatu hati dengan perpaduan yang tejalin.
Golongan Gereja Kristian masih berdiri teguh untuk memperkukuh dan meneruskan pengaruh Romawi. Golongan ini berjaya memaksa Kaum Biadap untuk akui agama Kristian. 
Di Timur Tengah, Tanah Arab, agama Islam tiba dan tersebar luas keseluruh pelusuk dunia. Berikutan tersebarnya agama Islam, perpaduan antara Dunia Barat dan Dunia Timur  terpisah. Maka semangat Adab Pertenghan bermula apabila Islam tersebar yang mengakibatkan Dunia Barat dan Dunia Timur terpisah.

Bab 3 
Bagi memulakan syarahannya, Syed Naguib mensyarahkan berkenaan kedatangan agama Hindu dan Buddha yang tiba lebih awal berbanding agama Islam. Agama Hindu hanya dianuti oleh golongan raja, golongan bangsawan dan golongan pendita. Manakala, rakyat seperti tidak mengambil peduli akan agam Hindu yang dianuti. 

 Hal ini demikian, masyarakat Melayu masih mengamalkan ritual yang terlebih dahulu wujud sebelum kedatangan Agama Hindu. Namun begitu, hanya kesusasteraan yang diminati oleh masyarakat. Kesusasteraan Hindu ini bersifat mitos, sejarah, hikayat, dan cerita-cerita dongeng yang tiada bersangkut paut dengan falsafah. Demikian itu, sastera agama Hindu bersifat berat sebelah kerana memberati dongengan semata-mata. 
Agama Buddha tiba, namun ia seketika kerana agama Buddha hanya terkesan pada seni bina, sebagai contoh Candi Borodudur. Dua orang pengembara Tionghua Fa-Hsien (abad ke-5) dan I-Tsing (abad ke-6), mereka pernah singgah dan ziarah di kepulauan Sumatra dan Jawa. Mereka berdua mempunyai pendapat yang sama dengan menyatakan agama Hindu dan Buddha yang dianuti merupakan agam yang karut. I-Tsing turut menyatakan bahasa yang digunakan di Jawa dan Sumatra ialah bahasa asing, bahasa Sanskrit, bukannya bahsa Melayu.
Syarahan diteruskan dengan kedatangan kolonial Barat sekitar abad ke-19.
Kolonial Barat datang dengan membawa 'zaman moden'. Bidang sastera Melayu turut dimodenkan dengan kedatangan Barat. Sastera 'moden' yang dibawa oleh Barat bukanlah sebuah sastera moden seperti yang dinyatakan. Hal ini demikian kerena, sastera yang dibawa Barat berbentuk 'tragedi' yang telah lama menapak dalam bidang sastera Barat, sebagai contoh karya-karya oleh Shakespear.
Syed Naguib menegaskan hanya bentuk prosa itu sahaja yang moden bukan pengisiannya.

Bab 4 & Bab 5
Boleh dirumuskan dalam kedua-dua bab ini ialah Syed Nagiub mahu masyarakat Kepulauan Melayu-Indonesia sedar dan bangkit memperjuangkan sejarah terrsebarnya agama Islam di Asia Tenggara. Hal in demikian kerana, sejarah yang kita pelajari hari ini datangnya dari Kolonial Barat, maka ada sejarah yang mereka tutupi. Syed Naguib mahu masyarakat Kepulauan Melayu-Indonesia tahu dan sedar akan sejarah agama Islam. Janganlah secara membabi buta menghadam sejarah yang kita pelajari hari ini. Sebagai contoh agama Islam tiba di Asia Tenggara melalui 3 buah tempat,yakni India, Tanah Arab dan China. Namun, Syed Naguib menegaskan bahawasanya Islam hanya datang dari Tanah Arab. India dan China hanya laluan perdagangan yang dilalui oleh para pedagang dari Tanah Arab.
Sedarlah sesungguhnya kita dibesarkan dengan sejarah pembohongan yang ditutupi oleh Kolonial Barat agar kita lupa dan tidak tahu asal usul kita.  Justeru itu, Syed Naguib bangkit memperjuangkan Islam dan Melayu

Jangan mengaku dirimu seorang Melayu dan Isalm andai enakau tidak  tahu asal usulmu dan engkau mengendahkan sejarah perilah keturunanmu.


pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

Labels: Books, Operation Room
Posted by Unknown at 12:31 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Total Pageviews

Welcome New World


Make your own Countdown Clocks

This is Important!!!

All the pictures inside this blog searched via Google browser and maybe copied from other blogs.
Credits to all the blogger of the blog.
#SharingIsCaring
=)
Hope everyone will have a happy day

Ini aib kamu, tutupilah aib kamu itu!

bertudunglah walaupun dalam keadaan terpaksa, solatlah walaupun dalam keadaan terpaksa..puasalah walau dalam keadaan terpaksa kerana KEWAJIPAN itu memang kadangkala bersifat TERPAKSA, dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH dan akhirnya hatipun menjadi IKHLAS untuk beribadah kepadaNya..jika harus menunggu keikhlasan hati terlebih dahulu untuk beribadah, sampai bila hendak ditunggu? HIDAYAH bukan untuk ditunggu, IA MESTI DICARI..ia seperti makanan, jika tidak disuap..ia tidak akan masuk ke mulut..

Jangan Baca! Nanti Muntah Pelangi

  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Budak Tomato
    Which way is the heaven?
    6 years ago
  • Asiah Kuzaiman
    Keadaan di Padang Mahsyar dan Telaga al Kausar.
    11 years ago

Who's Stalking???

Recently Posted

get this widget here

Cheer Group...

my_Archivement

  • ►  2013 (113)
    • ►  April (3)
    • ►  March (64)
    • ►  February (19)
    • ►  January (27)
  • ▼  2012 (240)
    • ►  December (45)
    • ►  November (2)
    • ►  October (45)
    • ►  September (44)
    • ►  August (25)
    • ▼  July (33)
      • Why hijabi?
      • 13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.
      • 8 Pahala diterima walau sudah Meninggal
      • ◕ 10 Sickness of the Heart ◕
      • credits:IsLamicQuotesAndSayings
      • “ Tidak beriman kepadaku siapa yang tidur ken...
      • credits: IsLamicQuotesAndSayings
      • Jadilah yang Solehah
      • Khutbah Terakhir
      • " Rahsia Surah Al-Kautsar "
      • He is the One
      • Hijab...
      • Rapat-rapatlah! Jarak-jarak jangan!
      • Aya Sofia
      • Lets Be Good Till the End
      • Sahur la!!!
      • Istimewanya Ramadhan
      • Rebut!
      • Solat Tarawih tau Ramadhan nanti...
      • Ahlan Ya Ramadhan
      • Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu
      • Yuk... Amalkan
      • Travelog MPAT PKPIM 2012
      • MPAT PKPIM 2012
      • 12 Barisan
      • AMALAN MALAM NISFU SYAABAN A.   Setelah ...
      • Peristiwa2 dalam bulan Sya'ban
      • Bulan Sya'ban
      • Irshad Manji Allah: Liberty and Love (Allah: Kebeb...
      • Kursus Kepimpinan Pelajar Isalm (KKPI) Pepias 2012
      • Doa Nisfu Syaaban
    • ►  June (13)
    • ►  May (32)
    • ►  April (1)
  • ►  2011 (141)
    • ►  November (22)
    • ►  October (18)
    • ►  September (4)
    • ►  August (16)
    • ►  July (26)
    • ►  June (2)
    • ►  May (5)
    • ►  April (1)
    • ►  March (7)
    • ►  January (40)
  • ►  2010 (75)
    • ►  December (58)
    • ►  November (17)

Collections

Acknowledge (131) Books (2) Bruno_Mars (20) Familia (34) Inilah Manusia (19) Interest (30) K-Pop (31) Let the Pics Talk (116) Lyrics (40) Me_Myself (214) Operation Room (3) Part of You (123) Soccer_World (43) Unisel (18)

The Owner

Unknown
View my complete profile
Awesome Inc. theme. Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.