Firman
Allah
{2}……dan
sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar
(dari segala perkara yang menyusahkannya),
{3} Serta
memberinya rezeki dari jalan yang tidak
terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa
berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk
menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala
perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi
berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Diceritakan bahawa seorang
saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang
dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka.
Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau
terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja
yang terselamat dari bencana itu.
Di antara kelebihan dan fadhilat
ayat seribu dinar ini ialah :
* Di baca apabila kita hendak
bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
* Menghilangkan keresahan bila di
baca di waktu resah.
* Di baca ketika hendak menaiki
kenderaan
* Jikalau dibaca ayat ini kepada
orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu
dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan
sembuh.
Al-Quran itu adalah penawar.
Kajilah Mukjizat Rasulullah S.A.W ini kerana banyak lagi kelebihan-kelebihan
yang masih belum di terokai.
http://myibrah.com/ayat-seribu-dinar
No comments:
Post a Comment