1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari
Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman
meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW
bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang
Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari
Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam
pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
2. Nabi
Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik
hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan
dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3.
Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.

4. Selamat
Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak
seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan
diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
5.
Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6.
Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
“Pada hari
itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa)
kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia
meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah
melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW
daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari
Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang
sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan RasuluLlah SAW menunjukkan
isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa
al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar
r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang
paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga
solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan
ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy
dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat
lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus
dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment