Anas r.a berkata bahawa lapan jenis pahala yang tetap diterima seorang hamba
Allah walaupun dia telah meninggal dunia iaitu :
SATU –
Sesiapa yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu
digunakan oleh orang ramai untuk beribadat
DUA –
Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminumnya
TIGA –
Sesiapa yang menulis mashaf(naskah Al-Quran yang bertulis tangan) selagi ada
orang membacanya
EMPAT –
Sesiapa yang menggali perigi selagi ada orang menggunakannya
LIMA –
Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya samada manusia
atau haiwan
ENAM –
Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang
mempelajarinya
TUJUH –
Ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang mana si anak selalu beristighfar
dan mendoakan kedua-dua orang tuanya
LAPAN –
Guru Al-Quran yang mengajar ilmu kitab suci kepada muridnya dan si murid
mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikitpun mengurangkan pahalanya
Mari
kita rebut ‘saham’ ini untuk bekalan akhirat kita insyaAllah
Wallahu
‘alam
credit: http://www.kisahwanita.com
No comments:
Post a Comment