Kaum wanita dibolehkan keluar dari rumah mereka apabila ada keperluan yang sangat mendesak, demikian juga diharuskan bagi mereka pergi ke masjid, asalkan mereka menutup aurat dengan sempurna, tidak memakai wangi-wangian dan tidak memakai perhiasan yang menimbulkan suara gemerincing. Meskipun wanita diharuskan pergi ke masjid, namun Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka melaksanakan solat di rumah-rumah mereka.
Bahkan,
solat seorang wanita yang dikerjakan di rumah¬nya lebih baik daripada
solatnya yang dikerjakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Padahal,
seseorang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram akan memperolehi
pahala 100 000 kali ganda dan di Masjidin Nabawi 50 000 kali ganda.
Oleh karena itu, dalam sebuah hadith diceritakan mengenai seorang
sahabiyah, Ummu Sa’adah r.anha yang datang menemui Rasulullah SAW dan
berkata, “Ya Rasulullah, saya ingin melaksanakan solat denganmu secara
berjemaah di masjid.” Rasulullah SAW bersabda, “Saya mengetahui betapa
engkau berkeinginan untuk melaksanakan solat di belakangku dengan
berjemaah, akan tetapi
apabila engkau melaksanakan solat di bahagian yang paling dalam di
dalam rumahmu adalah lebih baik daripada mengerjakannya di dalam
rumahmu, mengerjakan solat di dalam rumahmu lebih baik daripada
mengerjakannya di perkarangan rumahmu, mengerjakan solat di perkarangan
rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di masjid tetanggamu,
(masjid yang berdekatan dengan rumahnya) dan mengerjakan solat di
masjid tetanggamu lebih baik daripada datang ke masjidku.” (Musnad
Ahmad).
Urwah r.a. meriwayatkan kata-kata
daripada Saidatina Aisyah r.anha sebagai berikut, “Wanita-wanita Bani
Israil membuat sandal yang diperbuat dari kayu yang mereka pakai ke
tempat-tempat ibadah mereka, dan mereka senantiasa menarik perhatian
laki-laki, oleh karena itu Allah melarang mereka pergi ke sinagog
(tempat ibadah orang Yahudi).” (Musnad Abdur Razzaq)
Dalam athar
yang lain, Saidatina Aisyah r.anha berkata, “Jika Rasulullah SAW
melihat tingkah laku kaum wanita setelah baginda wafat, nescaya baginda
akan melarang mereka datang ke masjid sebagaimana wanita-wanita Bani
Israil.”
Cara mengerjakan solat tarawih sebenarnya mudah saja.
Ia dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca
bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah
daripada Al-Qur’an, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang,
asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. Tidak ada
hadis Nabi SAW tentang bacaan surah ini. Segala bacaan di luar solat,
seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan
solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan
untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Ia
juga tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
Walau
bagaimanapun, Rasulullah SAW tidak melarang para wanita pergi ke masjid
seperti untuk menuntut ilmu fardu ain (sekiranya suami tidak mampu
mengajar……..?), atau wanita-wanita tua yang sudah kurang urusan di
rumahnya. Bagi kaum ibu pula, pastikan urusan rumah telah beres dan
anak-anak yang ditinggalkan pula selamat (seperti anda mempunyai anak
dara dan teruna – pastikan mereka menjaga ibadah solat sepeninggalan
anda dan tidak mengundang berlakunya sumbang mahram sepanjang ketiadaan
anda.)
Wahai
kaum wanita yang budiman, solatlah kamu mengikut cara atau anjuran
Rasulullah SAW. Baginda diutuskan untuk memberi panduan bagaimana cara
beribadah, beraqidah dan berakhlak.
No comments:
Post a Comment