Terlintas di benak fikiran aku
"Dari mana asalnya wang hantaran?"
Sebab yang aku faham ialah wajib mas kahwin bukannya wang hantaran
Ibu bapa minta wang hantaran dari pihak lelaki melambung tinggi harganya
ingat duit itu tumbuh dari pokok, senang petik saja.
mana ada, duit kena cari.
Cari macam mana?
Dengan bekerja.
Kalau kena calon isteri yang puluhan ribu duit hantarannya,
maka bekerja keraslah wahai jejeka-jejaka sekalian.
Kembali kepada persoalan...
aku terjumpa tradisi wang hantaran asalnya dari India
tapi tidak pasti kerana tradisi orang India, pihak perempuan yang bagi wang hantaran.
Maklumat lain pula, duit hantaran oleh pihak lelaki untuk meringankan beban pihak perempuan untuk buat kenduri.
Tapi sekarang ini duit hantaran macam
-hendak menunjuk kepada semua orang bahawa wang hantaran anaknya tinggi, hendak menunjuk dekat orang lain. Boleh jatuh riak kalau begini.
-harga duit hantaran ikut taraf pendidikan... macam dekat atas itu
macam tidak mahu sambung belajar pula, gara-gara nanti naik harga mas kahwin.
Alamatnya tidak berlakila aku macam ini
-mak bapa nak jual anak perempuannya ke? Aduh, tidak habis fikir aku kalau macam ini.
Link |
Aku cuma boleh cakap, yang jejaka berusaha keras untuk cari duit hantaran
yang wanita, cari jugalah duit untuk tolong bakal suami.
Esok lusa, susah senang bersama juga.
Jadi, apa salahnya sebelum kahwin sama-sama susah cari duit untuk duit hantaran
"Tinggi duit hantarannya, makin grand majlis resepsinya"
=D
No comments:
Post a Comment