Daisypath Friendship tickers

Friday, March 29, 2013

Mak pesan JANGAN PERGI MASJID LAGI



Hah!!! Mak kata macam tu?!!
kenapa pula?
Pergi masjid kan dapat banyak pahala
Pahal 2 darjat solat jemaah pun apa kurangnya

Mak aku ini dah kenapa?
Tiba-tiba halang aku pergi masjid
Dia tak bagi aku dapat pahala lebih ke?
Dia tak suka ke?

Cerita yang sebenarnya
Makcik-makcik dekat masjid itu
Excited bila tengok aku
Macam ada sparkling dalam mata mereka
Mungkin sejuk mata tengok anak dara rajin mengimarahkan majlis dekat masjid
Atau?
Sejuk mata tengok, solehah. Bagus kalau dibuat menantu.
Dusshhh!!! “Tepuk dahi”
That’s my reaction..

Makcik-makcik itu sebuk tanya
Aku anak siapa
Aku duduk mana
And etc…

Memang Nampak gaya macam nak buat MENANTU
Then I told my mo bout this
Then mak kata JANGAN PERGI MASJID lagi
Bukannya Mak tak suka aku pergi masjid
Cuma takut kalau-kalau tiba-tiba ada orang datang meminang

Siapa yang susah?
AKUlah yang susah nanti
Dengan aku yang belum habis belajar lagi
Dah nak kahwin dengan anak siapa entah

I always understand my Mom
I love you so much Mak
=)

Lagipun aku pernah terbaca
Sujud yang lebih baik untuk wanita ialah sujud di rumahnya
Lebih kuranglah bunyinya


Dalil
“Janganlah kamu melarang kaum wanita keluar menuju ke masjid (untuk solat berjamaah), dan rumah-rumah mereka itu adalah lebih baik baginya.”
[Riwayat Ahmad No. 5448, Abu Dawud No. 567, dan asal hadith ini terdapat dalam dua kitab Shahih (Shahihain) dengan adanya perbezaan lafaz.]

Menurut Imam Abu Hanifah, Abu Yusuf dan Muhammad Bin al Hasan, perempuan yang muda atau gadis ditegah untuk hadir berjemaah di masjid atau surau secara mutlak kerana dibimbangi berlakunya fitnah yang membawa kepada pelbagai kesan negatif.

See!!! Mak aku bukan nak mengarut dengan aku
Tapi dia jaga aku agar aku jauh dari fitnah

Macam itu juga agama Islam
Islam bukan meLARANG tapi meNEGAH agar kita dijauhi dari FITNAH
Nampak tak di situ?
Betapa Allah SWT menjaga hamba-hambaNya
SUBHANALLAH
=’)

Terdapat sebahagian ulama-ulama mazhab Hanafi Mutaakhirin berfatwa bahawa, dilarang sama sekali bagi perempuan untuk hadir berjemaah sekalipun solat Jumaat atau hari raya sama ada mereka muda atau tua kerana zaman pada hari ini memperlihatkan banyak keburukan dan kerosakan akhlak manusia.
Aku baru tahu pasal perkara ini
=..=”

Ummu Salamah r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah SAW bersabda :
“Sebaik-baik masjid bagi perempuan adalah di dalam rumah-rumah mereka.”
HR Ahmad.

pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

No comments:

Post a Comment


Total Pageviews

Welcome New World


Make your own Countdown Clocks