Daisypath Friendship tickers

Saturday, March 23, 2013

Warkah kasih buat Tomato@Mato



Wahai Tomato
Aku bersyukur dapat mengenali diri mu
Walau hanya melalui tulisan mu
Aku amat bersyukur dapat menemui warkah-warkah dakwah mu
Aku SENTAP
Lalu aku INSAF
Mungkin ini yang terbaik buat diriku yang suka hidup di bawah kegelapan Jahiliyyah

Aku mampu muntah pelangi dengan tarbiyahmu
Apa  yang muntahkan ialah  segala kejahilan yang aku dulu
Cukuplah aku tenggelam dalam lautan maksiat penuh dosa
Cukuplah aku hidup di bawah tempurang yang gelap
Cukuplah aku nikmati dunia dan aku tinggalkan akhirat

Suatu hari nanti waktu aku akan tiba
Di waktu Allah panggil aku kembali ke pangkuanNya
Aku tidak pulang kepadaNya walau dengan sekelumit dosa
Walau sekecil zarah sekalipun aku tak mahu bawa dosa bersamaku
Aku mahu kepulangan yang disambut meriah
Kepulangan yang ditunggu

Hidup kita ibarat berdagang
Selalu merantau ke Utara, Barat, Selatan, dan Timur.
Kita akan selalu merindui kampong halaman kita
Yakni kampong akhirat
Kita berasal dari syurga, dan tentunya kampong kita ialah syurga

Tapi ingin ke Syurga sangat mahal harganya


















Sama seperti harga tiket VVIP konsert K-Pop “BigBang” di mana dapat melihat mereka beraksi dengan sangat dekat jika dibandingkan dengan mereka yang membeli tiket yang paling murah. Mereka hanya melihat “BigBang” yang bersaiz seperti semut dan hanya mendengar alunan suar dan muzik sahaja.
Maka jika Syurga yang ingin kita kecapi, berusaha untuk kembali ke Syurga. Kita ada bimbingan yakni Al-Quran dan Hadith. Jadi sebenarnya kita tak dibiarkan sesat dan keseorangan di atas muka bumi ini. Allah setias bersama kita, sama ada kita sedar atau tak.

Tak susah pun. Solat kan ada


Solat adalah satu hadiah daripada ALLAH S.W.T kepada umat manusia yang dihadiahkan oleh ALLAH sendiri kepada Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad S.A.W tanpa ada perantaraan malaikat Jibrail A.S.

Kalau kita baca kisah penurunan Al - Quran pun ALLAH S.W.T menurunkan Al - Quran itu kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril A.S. namun Solat dihadiahkan oleh ALLAH sendiri kepada Nabi MUHAMMAD S.A.W tanpa perantaraan sesiapapun semasa Israk Mikraj.

Sebenarnya, solat ini adalah perbuatan yang dilakukan oleh para malaikat. Ada malaikat yang akan bersujud pd ALLAH sehingga kiamat, ada yang berdiri sehingga kiamat, ada juga yang rukuk sampai kiamat dan ada juga yg tahlil, dan tahmit pada ALLAH sehingga hari kiamat. Jadi apabila solat ini sampai pada umat manusia, ia sudah merangkumi segala perbuatan dan pergerakkan para malaikat.

Sebaik sahaja ALLAH S.W.T menciptakan malaikat Jibrail A.S., Jibrail A.S. telah sujud pada ALLAH S.W.T sebanyak 2 kali. Setiap kali sujunya adalah selama 1000 tahun, jadi 2 kali sujud jadi 2000 tahun. Sebaik sahaja selesai sujud, ALLAH bertnya kepada Jibrail A.S, " wahai Jibril, kenapa lama sangat kamu sujud pada ku?? ", Malaikat Jibril menjawab, ini adalah tanda kesyukuran sy pada Rabb aku yg menjadikan aku dengan sebaik-baik kejadian. Namun ALLAH menjawab, akan datang satu umat nanti didunia dimana mereka akan sujud pada keadaan lalai dan tergesa2, sujud umat itu adalah lebih mulia disisi AKU berbanding dengan sujud mu, kerana kamu adalah maksum,hanya diciptakan utk beribadat pada AKU, namun mereka sujud pada AKU dalam dunia yg penuh dengan keperluan dan nafsu. 

Bertuahnya kita mendapat hadiah yang begitu berharga daripada ALLAH kan...

Kalau kita betul-betul mahu mendapatkan tiket ke Syurga
Maka cepat-cepatlah bertaubat sementara Allah masih mengizinkan
Tatkala rohmu sudah ditarik Izrail dank kau mahu bertaubat
Ingatlah sesungguhnya waktu dan kesempatmu sudah habis

pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

No comments:

Post a Comment


Total Pageviews

Welcome New World


Make your own Countdown Clocks