Daisypath Friendship tickers

Tuesday, March 12, 2013

Memberi salam pun ada hukum?



Ucapan salam sesama Islam adalah dituntut dan merupakan satu daripada perkara yang boleh mengeratkan silatulrahim sesama orang Islam. Oleh itu tidak menjadi apa-apa halangan perempuan memberi salam kepada lelaki asing (ajnabi ) atau sebaliknya selama ianya tidak mendatangkan fitnah dan dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata bukan bertujuan lain di sebaliknya. Walau bagaimana pun sebaik-baiknya menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan salah faham atau syak wasangka daripada mana-mana pihak. (sumber : JAKIM Negeri Terengganu)


1.              Sekiranya yang memberi salam atau menjawab salam itu isteri, hambanya atau orang yang haram berkahwin dengannya hukumnya sama seperti salam antara lelaki sesama lelaki.
2.              Makruh atas lelaki memberi salam terhadap perempuan muda yang boleh dikahwini sedangkan perempuan itu haram menjawabnya.
3.              Haram perempuan muda yang boleh dikahwini memberisalam, sementara lelaki yang diberi salam makruh menjawabnya.
4.              Harus seorang lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan dan wajib diatas salah seorang dari mereka itu menjawabnya sekiranya tidak timbul fitnah.
5.              Sunat sekumpulan perempuan memulakan salam dan wajib atas lelaki menjawabnya jika tidak timbul fitnah.
6.              apabila sekumpulan lelaki memberi salam terhadap seorang perempuan wajib dia menjawab sekiranya tidak takut fitnah, begitu juga sebaliknya.
7.              harus sekumpulan lelaki memberi salam terhadap sekumpulam wanita dan wajib mereka itu menjawabnya jika tidak takut fitnah begitu juga sebaliknya.(sumber : almalakawi.wordpress.com)
kalau masuk rumah yang takde orang janganlah beri salam, "Assalamuailakum"...
beri salam, " Assalamualaina ibadillahi sollihin"...lebih afdal...


Islam bukan menghalang kita daripada memberi salam sesama Muslim
tapi hukum ini wujud untuk mengelakkan kita daripada terkena fitnah manusia
nampak tak di situ?
betapa Allah sayang akan hambaNya
cuma hambaNya saja yang bodoh sombong buat-buat tak nampak


pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

No comments:

Post a Comment


Total Pageviews

Welcome New World


Make your own Countdown Clocks