Daisypath Friendship tickers

Wednesday, March 27, 2013

Tolonglah bezakan keperluan dan keinginan! Please lah!



Ya aku faham dan aku akui
Rezeki milik Allah dan rezeki ada di mana-mana
Jadi jangan kedekut dalam berbelanja

Tapi kalau semalam kau dah beli gincu dan hari ini pun kau beli gincu
Bukan ke membazir namanya tu?
Belajar untuk berjimat cermat


“Dahulukan keperluan bukan keinginan, kerana keinginan itu tak kan bisa habis” -Someone-

Memang keinginan itu tak kan pernah habis
Selagi kita hidup, selagi itulah kita berbelanja
Tapi kalau belanja ke arah pembaziran
Tak pasal-pasal kau kena cop sahabat Syaitan
Kau suka ke gelaran macam tu?

“Sesungguhnya para pemboros (mubazirin) adalah saudara setan, dan setan itu senantiasa mengingkari Tuhan.”  -Surah al-Isra’: 27-


Sungguh hebat kata-kata Allah SWT


Di dalam surat al-Isra’/17:26-29 dinyatakan,

26. Berikan kepada sanak kerabat akan haknya. Juga kepada orang-orang miskin dan ibnu sabil. Dan janganlah menghambur-hamburkan harta secara boros.

27. Sesungguhnya para pemboros (mubazirin) adalah saudara setan, dan setan itu senantiasa mengingkari Tuhan.

28. Apabila kamu tidak bersedia untuk memberi mereka karena engkau mengharapkan mendapat rahmat dari Tuhan, maka katakanlah kepada mereka dengan ucapan yang lemah lembut.

29. Janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu, dan jangan pula terlalu mengulurkannya sehingga kamu menjadi tercela dan menyesal.

Faham tak di situ?
Allah sudah berfirman dan berpesan kepada kita hamba-hambaNya
Kalau berbelanja jangan boros
Dan kalau tak mampu nak beri janganlah memaksa diri nak bagi walaupun tak mampu

Nampak tak di situ betapa Allah sayang dan kasih kepada kita?
Bersyukurlah kerana kita dilahirka sebagai orang Islam

Kita tak perlu mencari agama yang benar
Kerana Islam  satu-satu agama yang diakui Allah

“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.”
(QS. Ali Imran [3]: 19)

“Sesiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (QS. Ali Imran [3]: 85)

pecah_tembok pecah_semen, habis_baca harap_komen

No comments:

Post a Comment


Total Pageviews

Welcome New World


Make your own Countdown Clocks