Diriwayatkan
sebuah hadis yg bermaksud:
“Hendaklah
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika
maut menghampirinya..”
Dan
jugak Jangan baring ketika azan, nanti mayat berat
Dan
yang tak best nya di akhir2 ayat nota kaki yang berbunyi begini :
Rasulullah
SAW bersabda "Sebarkan walaupun sepotong daripada ayatku"
PERHATIAN!!!
Sila beritahu kepada kakak,abang,saudara mara,rakan2,jiran sebelah
kanan,kiri,depan,belakang dan sama waktu dengannya.Sebarkan di
Twitter,Facebook,MySpace,Blog dan segandingan dengannya.
Dakwaan
itu tidak benar. Imam Malik bin Anas meriwayatkan di dalam kitabnya al-Muwata’
hadith daripada Tha’labah bin Abi Malik al-Qurazi :
Maksudnya
lebih kurang:
“Adalah mereka di zaman Omar bin al-Khattab,
menunaikan solat (Sunat) pada hari Jumaat, sehinggalah ‘Omar masuk ke dalam
masjid, apabila ‘Omar masuk (ke dalam masjid, dan beliau duduk di atas mimbar,
lalu tukang azan melaungkan azan. Kata Tha’labah : “Kamipun duduk (berhenti
dari menunaikan solat sunat) dan kami berbicara (bersembang). Apabila azan
selesai, lalu ‘Omar berdiri untuk menyampaikan khutbah, kamipun diam dan tidak
ada seorangpun daripada kami yang berbicara.”
(Muwata’
Malik dengan Syarah al-Zarqani. Jld 1, m.s. 307)
Para
ulama berbeza pendapat tentang hukum menjawab azan. Pendapat yang lebih benar
adalah pendapat Jumhur (Kebanyakan) Ulama yang mengatakan hukum menjawab azan
adalah sunat, inilah pendapat al-Malikiyyah, al-Syafieyyah dan al-Hanabilah.
al-Imam
al-Nawawi berkata di dalam al-Majmu’:
“Mazhab kami (al-Syafie)
berpendapat menjawab azan adalah sunnah bukannya wajib, inilah pendapat Jumhur
Ulama.”
(al-Majmu,
jld 3/127)
Jika
benar terdapat larangan yang keras dari berbicara ketika azan sudah tentu tidak
wujud perbezaan pendapat ini
Apa yg
anda dengar itu adalah termasuk petua orang2 tua Melayu kita dalam bab targheeb
dan tarheeb (menggalak dan mencegah), maka direkanya petua dan semisal hadis
palsu.
No comments:
Post a Comment