Imam al-Ghazali (Mukashafah al-Qulub)
1. Mendapat SYAFAAT Nabi S.A.W.
Sabda Nabi S.A.W. “Barang siapa yang berselawat
kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia
akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat At-Tabrani)
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berziarah kekuburku
maka baginya wajib menerima syafaatku.” (Hadis Riwayat Ibnu Adi &
Al-Baihaqi)
2. Mendapat PERLINDUNGAN dan PEMBELAAN dari Nabi
S.A.W.
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku
di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari
jauh maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan
kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi
dan pembela baginya.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Al- Khatib)
3. Mendapat KEAMPUNAN dosa dari Allah.
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa yang berselawat
kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan
Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.”
(Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasaie & Al-Hakim)
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku
pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus
tahun.” (Hadis Riwayat Ad-Dailami)
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، كَمَا
صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، كَمَا
بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ
Allahumma salli `ala muhammad, kama sallayta
`ala ali ibrahim, Allahumma barik `ala muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim.
No comments:
Post a Comment