Ya!
memang ini suatu kenyataan
memang ini suatu kenyataan
Fakta bukan auta
Mungkin ini kenyataan yang susah aku
terima
Kau datang masjid semata-mata mahukan
makanan yang percuma!
Bukan mahu merebut pahala Allah yang
melimpah ruah di masjid
Manusia semua bernafsu
Nafsu makan yang paling hebat
Dengan buat majlis makan-makan saja
yang mampu menarik jemaah masuk ke masjid
Kenapa perlu melakukan sesuatu bukan
kerana Allah?
Aku mengaku, aku salah seorang
daripada makhluk-makhluk ini
Tapi pada mulanya aku Cuma mahu
temankan adik-adik aku yang mahu ikut kawan-kawan mereka ke masjid
Aku selalu berpegang
“Sebelum melakukan sesuatu pastikan niat kita hanya kerana Allah, sentiasa perbetulkan niat”
“Sebelum melakukan sesuatu pastikan niat kita hanya kerana Allah, sentiasa perbetulkan niat”
Alhamdulillah aku perbetulkan niat
aku dan aku berikan makanan aku kepada orang lain yang tak dapat makanan itu
Maha Suci Allah, tepat pada waktunya Allah menguji aku
Maha Suci Allah, tepat pada waktunya Allah menguji aku
Allah selalu menguji hambaNya untuk
menguji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka
mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan
yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat
mematangkan kita.
Semoga setiap amalan yang mereka buat diterima Allah SWT
Aamin.
Keep Calm and Pray
Semoga masjid-masjid di setiap
pelusuk dunia bakal dipenuhi jemaah-jemaah yang hadir ke masjid semata-mata
kerana Allah SWT
No comments:
Post a Comment