Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad
SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Suatu
ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang
terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu
haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza
dari jubahnya.
Ketika Nabi
kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.
Sebagai
balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing
baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam
peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu
menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.
Salah satu
sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan,
dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan
untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi
mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis
sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi
makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan
sendiri.
Nabi SAW pun
menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.
Tidak hanya
nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai
kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan
Seorang
sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu
Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara
banyak kucing jantan dirumahnya.
kawasan penculikan
Sebab itu aku sangat sayang pada kucing =)
#kucing2 ku yg da pergi
No comments:
Post a Comment