NAKBAH bermaksud malapetaka, bencana besar dan kecelakaan. Nakbah Palestin merujuk kepada peristiwa orang-orang Yahudi kembali ke bumi Jerusalem secara beramai ramai dan tertegaknya negara haram Zionis Israel di Palestin yang diistiharkan pada 15 Mei 1948 serta diikitiraf oleh Amerika Syarikat.
Tertubuhnya Negara Haram Israel pada tahun 1948 juga merupakan petanda besar kepadakemusnahan dunia. Kembalinya golongan Yahudi ke bumi suci ini juga merupakan derita tangis keatas umat Islam yang belum bernoktah sehingga ke hari ini. Orang- orang Yahudi dihalau oleh Allah SWT 2000 tahun yang lampau akibat perbuatan mereka membunuh para Nabi AS, membuat kerosakan di muka bumi serta mengingkari perintah daripada Allah SWT.
Penubuhan Negara Haram Israel
Pada 14 Mei 1948, Ben Gurion mengadakan upacara di Tel Aviv Muzium untuk mewartakan kelahiran negara baru iaitu Israel. Dalam pada itu keganasan Israel terus memuncak ke atas penduduk Palestin. Pada hari berikutnya iaitu 15 Mei, selepas British keluar secara rasmi dari Palestin, Kumpulan pengganas Yahudi Irgun telah menyerang bandar Jaffa. Ia seakan pembantaian di Deir Yassin, malah ia lebih teruk daripada itu dimana telah menyebabkan 70 ribu penduduk Arab di kawasan bandar melarikan diri.
Apa yang menjadi dorongan kepada Israel adalah selang beberapa minit selepas pembentukan negara baru ini, Presiden Amerika Syarikat Harry
Truman memberikan sokongan diikuti oleh negara-negara lain seperti Britain,
Romania dan Uruguay. Malah dua hari selepas itu, beberapa negara lain Soviet
Union, Poland, Ireland dan lain-lain negara telah mengiktiraf kewujudan Israel. Secara rasmi, sokongan Amerika Syarikat terhadap Israel adalah 31 Januari 1949
Tel Aviv –
Hari ini
Sejak kelahiran negara haram Israel 64 tahun yang lalu, dunia telah memerhatikan dengan penuh
kehairanan bagaimana orang-orang Yahudi telahmengembangkan negara Israel mereka yang berasaskan sekular dan bukannya berasaskan agama. Telah banyak kerosakan yang dilakukan oleh merekatermasuk riba, zina, penindasan, kerosakan moral dan nilai-nilai yang tidak mengikut
ajaran Tuhan.
Adakah bumi yang pernah dipijak oleh para Anbiya ini rela dengan kerosakan yang telah dilakukan oleh golongan Yahudi hari ini. Jawapannya tidak!, Mereka akan dihukum oleh Allah SWT sekali lagi, dan mereka akan melihat kemusnahan yang terbesar yang tidak dapat mereka bayangkan sebelumini serta pertempuran yang paling dahsyat antara orang-orang Muslimin dan Yahudi.
Hal ini belum berakhir, pandangan umum kelihatan seolah-olah Israel telah dikepung oleh orang-orang Arab dan sedang mengambil langkah-langkah untuk melindungi dirinya dari disembelih oleh orang-orang Arab. Hakikatnya setelah kemusnahan Kem Pelarian Jenin dan penyembelihan orang-orangArab, Israel pada hari ini sedang bersiap sedia untuk mencetuskan satu peperangan besar ke atas orang-orang Arab untuk menambahkan lagi keluasantanah jajahan dan ruangan strategiknya di kawasan Timur Tengah agar menyamai keluasan wilayah Tanah Suci Biblikal, iaitu dari sungai di Mesir(penguasaan Terusan Suez) hingga ke Sungai Euphrates (penguasaan minyak di TimurTengah). Inilah cita-cita dan impian Yahudi la'natullah.
Mereka juga sangat obses dengan Tanah Suci serta berusaha kearah memusnahkan Masjid Al-Aqsa kerana mereka meyakini Nabi Penyelamat Agungakan turun menyelamatkan mereka serta menjadikan Yahudi bangsa yang terhebat dan akan memerintah dunia dari Jerusalem seperti zamankegemilangan Nabi Daud dan Sulaiman. Tetapi sangkaan mereka silap sama sekali, Nabi Penyelamat Agung yang dipercayai mereka itu sebenarnyaadalah Al-Masih Ad-Dajjal yang akan memimpin orang-orang Yahudi dan akan melakukan penipuan terbesar dalam sejarah akhir zaman.
No comments:
Post a Comment