Suatu persoalan...
persoalan cinta...
persoalan hati dan perasaan.
Sebagai manusia biasa kita tak dapat lari dari fitrah Allah,
Fitrah jatuh cinta...
Fitrah berumah tangga...
Bercinta mungkin seronok,
tapi bagaimana tanpa kita tahu,
keluarga sudah memilih seorang pasangan hidup untuk kita,
seseorang yang kita tak kenal siapa?
kerja apa?
tinggal di mana?
anak siapa?
Dengan tiba-tiba...
minda dicakar memikirkan siapa si "dia"
hati dicalar mengenangankan nasib pasangan "sejati".
Antara pilihan hati dan pilihan keluarga,
mana yang perlu diutamakan?
Kalau aku, saya, for me...
mungkin akan memilih pilihan keluarga.
Bukan bermaksud aku rela disakiti kerana pilih si "dia",
dan rela menyakiti kerana tak pilih "cinta sejati".
Bagi aku...
cinta sejati hanya cinta kita kepada Allah sebagai hamba-Nya.
itulah cinta yang cukup sejati.
Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani,
Allah sentiasa dekat dengan kita, tak kira di mana jua.
Tapi sebaik-baik calon pasangan hidup ialah seseorang yang
baik akhlak agamanya,
berasal dari nasab yang baik-baik,
memiliki harta,
kemudian baru rupa paras yang handsome atau cantik.
Mungkin ramai yang bercinta kerana
dia handsome atau cinta
anda bercinta kerana harta dunia,
tapi ramai yang lupa mahu mencari pasangan yang baik akhlak dan agamanya.
Cinta sesama makhluk hanyalah cinta yang semntara,
cinta yang tak kekal lansung.
Cinta itu boleh terputus ditengah jalan,
sama ada maut yang memisahan kita
atau
tiada lagi jodoh sesama mereka.
Aku percaya cinta sesama makhluk boleh dipupuk.
Jika kita percaya dengan Qada' dan Qadar Allah,
InsyaAllah,
kita akan berusaha membina masjid tersebut.
Semua terletak pada diri masing-masing,
Pilihlah mana-mana sekalipun,
dan soal kita perlu memilih antara dua perkara,
Solat Istikharah jalan penyelesaiannya,
percayalah dengan pilihan Allah,
kerana
sesungguhnya cerita hidup kita sudah tercatat di Luh Mahfuz
"Perkahwinan bukan persoalan antara dua hati, tapi persoalan antara dua keluarga"
No comments:
Post a Comment