Dari
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang
paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi
maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)
Disebut dalam hadis tersebut bahwa orang yang paling mulia pada pandangan ALLAH adalah orang memberi maaf pada orang yang telah berbuat salah padanya, walaupn dia mampu untuk membalas dendam. Oleh yang demikian, sama-samalah kita muhasabah untuk kita sentiasa dalam keadaan bisa memaafkan kesalahnan orang lain, kerana yang hanya layak menghukum adalah ALLAH SWT. Adalah mustahil untuk kita sebagai manusia tidak melakukan kesalahan, kadang2 kita berbuat salah pada orang lain, jadi ambil sikap memaafkan supaya kesalahan yang kita lakukan juga akan dimaafkan...

Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai.”(HR Abu Daud)
Banyak kelebihan bagi orang2 yang memaafkan kesilapan orang lain, bukan hanya ketenangan di dunia ia perolehi, malahan akan mendapat kelebihan di hari akhirat kelak. Berusahalah kita untuk mencari dan mendapatkan peluang2 kelebihan yang telah ALLAH sediakan.
Dari Atta bin Abdullah Khurasani r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw bersabda: “Berjabat tanganlah di antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian, dan berilah hadiah antara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan menjauhi permusuhan.”
(HR Muwatta Imam Malik)
Sikap memaafkan juga dapat menimbulkan kasih sayang sesama manusia, menjauhkan kebencian, menjatuhkan nafsu amarah dan juga menjauhi daripada permusuhan dan pertelingkahan.
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
(HR Bukhari dan Muslim)
"Setiap
manusia melakukan kesilapan
siapa
kita, tidak mahu memaafkan orang lain."
No comments:
Post a Comment