Selamat Hari Ibu buat Mama
=D
Sebenarnya kita tak perlu nak tunggu hari ibu untuk ucapkan...
" Selamat hari ibu, mama, sayang mama selalu"
Ucaplah sayang buat ibu kita setiap hari,
ingatlah siapa yang bertarung nyawa melahirkan kita,
ingatlah siapa yang bangkit jam 2 pagi ketika kita meragam,
ingatlah siapa berada di sisi kita saat suka dan duka.
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan
sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.
Tak lagi selepas ini kita menantikan Hari Ibu untuk menyatakan bahawa kamu sayang ibu kamu.
ketahuilah kita perlu senantiasa menyatakan sayang kita kepada ibu kita.
Ayah, jangan pula kita lupakan...
Tak perlu juga kita menantikan hari bapa di bulan Jun nanti.
Kalau segan nak ucap,
kita tunjuk pada ibu bapa kita bahawasanya kita ialah anak yang boleh meringankan beban ibu bapa kita.
Sesungguhnya Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: " Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa."
(Riwayat al-Hakim)
No comments:
Post a Comment