Pada suatu ketika Rasulullah menjadi
imam solat. Dilihat oleh sahabat, 
pergerakan Baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar 
sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup, seolah-olah sendi tubuh 
Baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Saidina Umar yang 
tidak tahan melihat keadaan Baginda. Selepas selesai bersembahyang Umar 
bertanya: "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung 
penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" 
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar," balas
Baginda. 
"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami 
mendengar seolah-olah sendi bergeselan pada tubuh tuan? Kami yakin engkau 
sedang sakit..." desak Umar penuh cemas. 
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Sahabat amat terkejut. Perut 
baginda yang kempis, kelihatan dililit sehelai kain berisi batu kerikil, 
buat menahan rasa lapar. Batu kecil itu yang menimbulkan bunyi halus 
setiap kali Baginda bergerak. 
"Ya Rasulullah! Adakah apabila tuan menyatakan lapar dan tidak punya 
makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" tanya Umar. 
Lalu, Baginda menjawab dengan lembut: "Tidak sahabatku. Aku tahu, apa
pun 
akan engkau korbankan demi rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di 
hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada 
umatnya?" 
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku
kelak 
tidak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi tiada yang 
kelaparan di akhirat kelak." 
renung-renungkan... jangan asik nak makan je...
B)

 
 
No comments:
Post a Comment